Tuesday, 1 November 2016

harta tak ternilai

assalamualaikum anak2 ibu

setiap kali ibu susah hati atau sedih.. ibu akan teringat pada anak2 ibu.. ibu akan terbayang wajah izzah..wajah iffah.. sejuk hati ibu.. sesungguhnya bila terkenangkan anak2 ibu.. datang perasaan syukur yg teramat sgt kepada Allah swt kerana telah mengurniakan ibu nikmat menjadi seorg ibu.. ibu ada anak2 yg sayangkan ibu.. anak2 yg melembutkan hati ibu.. anak2 yg selalu menyenangkan hati ibu.. sejak dr dlm kandungan lagi ibu tahu anak2 ibu akan jadi peneman ibu.. memahami isi hati ibu.. hanya Allah yg tahu cabaran dan dugaan yg ibu dan ayah telah lalui.. salah satu punca kekuatan ibu dan ayah adalah izzah dan iffah..harta yg tak ternilai kami. ibu doakan semoga anak2 ibu akan beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. sebagaimana bahagianya ibu mempunyai kamu. semoga kita akan terus menjadi keluarga erat yg bersama di syurga kelak.

alhamdulillah kakak dan adik rajin solat jemaah dgn ibu ayah.wpun belum pandai solat.. ibu suka tgk anak ibu ada keinginan untuk beribadat. ibu kagum dgn ketekunan kakak dan adik untuk solat sehinggakan dkt shopping mall.. kat petronas.. setiap kali nampak ibu ayah solat mesti nk ikut sama..telekung ni kenangan telekung lama kakak aleesya dgn aqeelah. kita bergambar lepas solat isya berjemaah smlm. comel kan anak2 ibu. harta yg xternilai

No comments:

Post a Comment